Welcome Message

Enjoy reading my entries...('',)

I fOllOw

Friday, January 14, 2011

semuga ade manfaat nyer...

Telah bersabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksudnya:

"Ada 4 perkara yan berharga dalam diri manusia dan die boleh hilang dengan empat perkara juga.

1.Akal boleh hilang disebabkan marah
2.Agama boleh hilang disebabkan dengki
3.Malu boleh hilang disebabkan tamak
4.Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1. Memberi
maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

No comments:

Post a Comment