Welcome Message

Enjoy reading my entries...('',)

I fOllOw

Tuesday, January 28, 2014

~~~~~~

JANGAN BERHENTI MENCARI KEKUATAN!!!!!!!!!!!!!!

TEROS YAKIN AKAN BERLAKU KEAJAIBAN

susahnya

huh...susahnye..tajok memang sangat menyusahkan hokey..sedey haku kan...ape idak nye setiap kali lepas beranak jumpe sedara mara..mesti ckp..."mak ai sehat nye ko ni!,,,"ok fine..haku?mampo senyum jelah da memang haku sehat...

n now mcm ade kuat siket semangat nak berdiet bagai....boley tak haku nk jdikan datin norjuma habib sebagai role model

 








 





 


sedikit info haku crik pasal die nie...berat die mse preggy penah mencecah 105kg..perghhh...kalah haku preggy dhiya dulu...hokey n now die da kembali normal..alhamdulillah...haku lepas bersalin dhiya berat aku turun la gak penah mencecah ke angka 6 la jgk...lepas bersalin dhalea pon berat haku turun...dr sblm preggy dhalea size haku memang L or XL...n lepas bersalin L atau M..ok la perubahan..bulan lepas berat haku masih hokey lg la sbab haku masih boley lg memakai bju size 38 atau 40 n now pada hati dan tika ini... sumyenye tidakkkkk....size 42 hokey...semalam haku sa start diet...untuil now..masih berdiet..haku gagahkan diri je ni tau...semoga allah permudahkan....amin....

Wednesday, January 22, 2014

kes murtad...

1. Lina Joy
Picture

Nama asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Beliau pernah memohon untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan alasan telah bertukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran 
kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan cara hidup sebagai Muslim. 

Azlina mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998 dilahirkan oleh ibu bapa Melayu pada 1963. Dia menukar agama Islam kepada Kristian Katolik pada usia 26 tahun pada 1998. Dia telah dibaptiskan dan cuba mendapatkan pengesahanan daripada Mahkamah Malaysia, tanpa melalui mahkamah syariah. Namanya di dalam kad pengenalan berjaya ditukar kepada Lina Joy pada 1999. Selagi dia dikatakan sebagai orang Islam, Lina Joy tidak boleh berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, seorang kaum India. Sebaliknya pasangannya hendaklah menukar agama kepada Islam.
Picture
Picture
2. Hartina Haji Kamaruddin

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Kartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak Kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina. 
Picture
3. Siti Fatimah Abdul Karim

Siti Fatimah binti Ab Karim, 29 tahun dilahirkan pada tahun 1978, merupakan anak kepada pasangan India Muslim, Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan Zaleha binti Mohd Ali. Beliau dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut agama Islam dan beliau sendiri mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia 20 tahun apabila beliau melarikan diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya dan laporan yang diperolehi Jerusalem Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.

Berdasarkan kenyataan dalam laman web juga pada tahun 2001, beliau telah membuat suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa beliau seorang Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan agama beliau adalah Islam. Menurut ibunya, ibubapa serta keluarganya telah berusaha untuk mencarinya dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga namun kesemua usaha itu gagal kerana mereka sering diancam oleh keluarga teman lelakinya dan pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap polis berpunca dari pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.

Setelah beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun 2004, beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan, seorang Hindu mengikut upacara perkahwinan agama Hindu. Oleh kerana itu, perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa kerana perbezaan agama.

Seterusnya, hasil daripada perkahwinan tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah melahirkan seorang anak di Hospital Besar Melaka. Ibunya telah mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan anak tersebut memandangkan Siti Fatimah masih seorang yang beragama Islam di sisi undang-undang.


4. Anak-anak Yusof bin Abdullah

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki,nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap. (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak-budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
Picture
5. Nyonya Tahir

SEREMBAN 23 Jan. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan bahawa Nyonya Tahir, wanita Melayu beragama Islam tetapi didakwa mengamalkan cara hidup orang Cina dan ajaran Buddha sejak lebih 80 tahun lalu, bukan beragama Islam semasa kematiannya.

Hakim Mohd. Shukor Sabudin dalam keputusannya juga membenarkan mayat Nyonya yang disimpan di rumah mayat Hospital Tampin sejak kematiannya Jumaat lalu, diserahkan kepada keluarga wanita itu untuk disemadikan mengikut agama Buddha.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan membicarakan kes-kes berkaitan dengan kepentingan orang Islam termasuk masalah akidah di negara ini.

Katanya, keputusan itu juga berdasarkan afidavit anak bongsu Nyonya, Chiang Ah Fatt, 40, dan keterangan bersama kakak Ah Fatt, Kwang Ying, 43, di mahkamah hari ini.

``Mahkamah yang berpuas hati dengan keterangan-keterangan tersebut memutuskan bahawa Nyonya yang memegang kad pengenalan bernombor 180425-04-5054 @ 02033418 adalah bukan beragama Islam semasa kematiannya.

``Mahkamah juga membenarkan keluarga dan warisnya menguruskan pengebumian Nyonya. Hospital Tampin juga diarahkan supaya menyerahkan mayat ini kepada keluarganya,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam penghakiman lisan selepas mendengar permohonan sebelah pihak (ex-parte) oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) serta pengarahnya berhubung pengisytiharan agama Nyonya.

Jumaat lalu, plaintif memohon keputusan mahkamah bagi menentukan status agama Nyonya dan permintaan keluarganya bagi dikebumikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.

Plaintif-plaintif diwakili oleh peguam syarie, Siti Harlina Shahran manakala peguam syarie, Koo Chin Nam yang dibantu oleh Kevin Koo S. K. bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Nyonya.

Sementara itu, peguam syarie, Muhamad Burok yang juga Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak persatuan itu.

Terdahulu, Hakim Mohd. Shukor memetik tulisan ulama Islam, Sheikh Abu Sujak dari Kitab Kifayatul Akhyar yang bermaksud: ``Barang siapa yang keluar daripada Islam, ia diminta bertaubat tiga kali. Jika bertaubat, dan jika tidak dia dibunuh, dan tidak boleh dimandikan, tidak boleh disembahyangkan dan tidak boleh dikuburkan di perkuburan orang Islam.''

Pada prosiding pagi ini, Siti Harlina memaklumkan kepada mahkamah bahawa Ah Fatt mengemukakan afidavit bagi meminta supaya mayat ibunya itu disemadikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.

Antara lain kandungan afidavit itu ialah keputusan laporan penyiasatan Pejabat Agama Islam Alor Gajah, Melaka pada 7 Mei 1986 mengenai laporan bersekedudukan antara Nyonya dan suaminya, Chiang Meng.

Dokumen penyiasatan itu ditulis oleh Pemeriksa Hal Ehwal Agama 1 Daerah Alor Gajah, Melaka, Ab. Azit Abdullah melalui kadi daerah yang dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka.

Sementara itu, Kwai Ying berkata, ibunya membuat wasiat dalam akuan bersumpah bahawa dia tidak akan kembali kepada agama Islam dan meminta disemadikan mengikut agama Buddha.

Dalam pada itu, Pegawai Agama Alor Gajah Melaka, Kamarul Saman Yaacub, 42, yang turut dipanggil memberi keterangan, mengesahkan laporan yang dibuat oleh Ab. Azit itu.

Beliau turut mengemukakan salinan asal dokumen itu kepada mahkamah.

Nyonya, 89, meninggal dunia kerana sakit tua kira-kira pukul 4 petang, Jumaat lalu di rumahnya di Taman Indah, Tampin dekat sini.

Status agama Nyonya disedari oleh anggota polis di Balai Polis Tampin apabila anak dan cucunya datang membuat laporan kematian.

Ini kerana dalam salinan kad pengenalan Nyonya jelas menunjukkan dia Melayu dan beragama Islam sedangkan anaknya menggunakan nama Cina dan beragama Buddha.

Petikan: Utusan Melayu 24 Januari 2006
Picture
6. Aisyah Bokhari

Pernah dengar cerita Aisyah Bokhari yang murtad tak lama dulu?Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita mengenai isu murtad yang dibawa di sini memang agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kitasendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhori setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga.Takde apa yang pelik pada dia, duduk dilembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, 

"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhori boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedangdikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuanmenyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil,undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Ibu bapa Nor'Aishah Bokhari, gadis yang kononnya mengisytiharkan dirinya murtad, merayu anak mereka itu agar pulang ke pangkuan keluarga untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti tahun-tahun lalu.

Mereka turut merayu jasa baik umat Islam di negara ini untuk mendoakan kerahmatan ke atas Nor'Aishah serta mengerjakan solat hajat sepanjang minggu terakhir bulan Ramadan ini agar gadis itu kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Bapa gadis tersebut, Bokhari Md. Tahir, 62, seorang pesara guru, berkata, beliau terpaksa mengetepikan perasaan malu yang akan ditanggung oleh keluarganya kerana percaya anaknya sehingga hari ini masih lagi kekal menganut agama Islam.

''Ramai kawan-kawan saya memberi perangsang untuk membawa perkara ini ke pengetahuan umum kerana mereka percaya saya telah selesai menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah dengan baik,'' kata beliau dengan nada yang sebak ketika ditemui Utusan di sini, hari ini.

Beliau ditemani oleh isterinya, Samiah @ Aton Taha, 58, kakak dan abang kepada Nor'Aishah, Norashikin dan Nazaruddin.

Nor'Aishah melalui peguamnya mendakwa telah mengikrarkan satu surat akuan yang menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama Katholik dengan memakai nama Aishah Felicia Bokhari pada 22 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun kesahihan dakwaan itu masih tidak jelas kerana tiada pengakuan dan keterangan secara terbuka daripada Nor'Aishah sendiri mengenai perkara itu.

Pengakuan yang ada hanya menerusi seorang peguam tetapi ia diragui oleh keluarga Nor'Aishah berdasarkan kenyataan taubat yang dibuat oleh gadis itu di Jabatan Agama Islam Negeri Johor di Johor Bahru pada 18 Disember lalu.

Gadis itu bagaimanapun dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu dan kini dipercayai berada bersama teman lelakinya, Joseph Arnold Lee, 28.

Pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan pasangan itu sedang bersembunyi di negara jiran.

Keterangan gadis itu amat penting bagi menentukan kesahihan pengakuannya untuk keluar daripada agama Islam.

Isnin lalu, Nor'Aishah menerusi peguamnya menarik balik satu permohonan writ habeas corpus terhadap bapa, ibu, abang dan seorang bapa saudaranya yang didakwa telah mengurung dan menahan beliau secara paksa.

Nor' Aishah bagaimanapun tidak hadir pada hari itu.

Bokhari seterusnya berkata, Nor'Aishah, 25, seorang anak yang menerima didikan agama yang cukup ketika menuntut di sebuah sekolah agama di Johor.

''Pendidikan agama yang diterimanya cukup untuk melayakkan beliau menjadi seorang ustazah,'' katanya.

Tambahnya, Nor'Aishah pandai membaca al-Quran dan turut menghafal beberapa surah penting.

Menurut Bokhari, Nor'Aishah dengan semua anggota keluarganya cukup baik.

''Kami adik beradik sememangnya rapat dan sering berkongsi dalam banyak perkara,'' kata kakaknya, Norashikin.

BOKHARI Md. Tahir dan Samiah @ Aton Taha tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib anak perempuan mereka, Nor'Aishah yang menghilangkan diri sejak 30 Disember lalu. Nor'Aishah kini dipercayai berada di negara jiran bersama teman lelakinya. - Gambar ZAINAL ABIDIN IBRAHIM.
Picture
Dalil-dalil larangan Murtad 

Murtad adalah seburuk-buruk kekufuran, dan diantara dalil keburukannya ialah firman Allah SWT;

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.


Maksudnya: Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) (al-Baqarah. 2: 217) :

Dan firmannya;

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ


Maksudnya: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka itu tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (al-Nahl. 16: 106)
nota : banyak sebab kes cinta je, orpp?..
 
 
 
***copy paste from here malaysia ria

arahan

salam n monink uolllssss....pagi yang sgt kelam kabut hari ni..kandaku ade meeting kat JB..xo pepagi die da kuar umah...tinggal haku dhiya n dhalea...huh...da terpikir cm ne nak antau dhiya...kalo antau dhiya..dhalea pulak?kesian kan tgh tdo..sib baek adek ipau haku duduk sebelah umah haku...senang...panggil die tgkkan dhalea..settle masalah..mood mari pepagi dah gatai nak menaip...walhal keje melambak x abes..x pe amik mood..perghhh....gile la amek mood smbil menaip utk dipublishkan di blog....sgt terok hokey..very worse...n worse...mse kije tuuu...

ok ni nk story pasal dhiya lagik...since dhiya da sekolah ni..memang haku la setakat ni yang menghantar dhiya ke sekolah...boley je nk suh kandaku hantar...tp x mo..sebab sonok sangat dpt hantar dhiya kesekolah pepagi...saje nk remind memories...back 2 school...sbb pepagi aku akan singgah amek anak buah haku...sekolah die satu jalan dengan sekolah dhiya...tibe sekolah die dulu baru sekolah dhiya..pendek kate sekolah ank buah haku dulu adalah sekolah haku...flashbackkkkk...hahhahahah...

melalut plk haku ni kan...sebenar nya  nak story pasal pesanan atau more tu arahan kat dhiya setiap hari dalam kete sepanjang perjalanan nk ke sekolah..manyak kan...

ari2 tnya dhiya....

mummy  : ingt tak pesan mummy?

dhiya  :  ingt.....jangan kotorkan baju..jangan kotorkan tudung..jangan kotorkan kasut sekolah..jangan   abiskan duit belanja...jangan bercakap mse cikgu tgh mengajar...jangan kejap2 keluar pi toilet...

mummy  :  ok gud..knpe?

dhiya  :  sebab nnti klo semua kotor mummy penat nak cuci...klo cikgu mengajar dhiya bercakap...dhiya kjp2 pi toilet nnti x sempat nk salin kat whiteboard..

mummy  :  gud...

manyak sungguh pesanan haku kat dhiya...hahahah...yelah kalo x pesan cm  tu..balik nnti tgkkan ajelah baju dhiya ibarat dah 4 ari x cuci...sne tanda...sni tanda..penat ooooooooo nak beros hilangkan tanda tu....kalo setakat kotor siket2 memang la bole masok washing machine je teros ilang yang ni..kalo dah kne smbal..kalo dah kene air milo...sirap...tertompok lak eskim..pastu makan buah kang bertanda ape la...yang kene cokelat bagai..huh!basuh pakai machine mmg la x ilang...ape lagik..menitis airmata nk memberos nye..memang dasar pemalas kan haku..hahah....sume nya pakai machine je..hahahah...

yelah kire pesanan haku ibarat mendisplinkan dhiya la...alhamdulillah..memula memang la susah sangat dhiya nak ikut..tapi bile dah 3-4 ari ni haku tgk terbela jugak la baju sekolah die...duit belanje pon selalu ade balance walaupon 0.50..tetap berbalance..kengkadang x belanje langsong sbb hakux bagi die minom air kat kantin sekolah...motif x bagi...sbb nak suh die jimat then aku takot2 kan die jugak la kalo minom air milo kat sekolah nnti sakit perot cm ne..belom tentu makcik kantin tu masak bebetol air tu..hahahha..mak cik..mahapkan sya ye bukan nk kondem makcik...niat saya baek x mo anak saya berbelanje mewah...hahhaha...xo aku bekalkan dhiya air suam setiap hari...bekal kalo haku x masak haku belikan dhiya setiap hari nasik lemak...

mampo ari2 nak makan nasik lemak?anak haku mampu hokey...selagi tekak die boley telan nasik lemak tu...badan naek???ooo...tidak...since dhiya da sekolah nie badan die da susut siket...penat kot...itu pon ade hati nak msok sekolah agama sebelah petang..lg merempeng kan badan penat...

ok..done..panjang berjela haku tulis...motif nak menaip ni nak more tu tajuk arahan..tapi da melalut..hahah...ok babai...

Tuesday, January 21, 2014

preloved

hurmm...ade hati  nk let go benbarang mse ank dara dulu...tgk cm baek je...cm ok je...baju2 sume...boley ke..ade ke yang nk beli ke..

yelah semak lemari kan...disamping dapat duit tambah siket2....kire 2 dalam 1 la ni..hahahha...

tujuan nak let go............

1) dapat clearkan almari yang tak berapa nk besau..

2) dapat tambahan duit siket2

3) BAJU TU SUME DA TAK MUAT...

Monday, January 20, 2014

~~dia pergi jua~~

assalamualaikum dan selamat petang....baru berkesempatan nak menaip..kebizian melanda..memang horer la ari ni aku nye jadual..

nk story pasal permulaan tahun yang amat sedih buat kami YUNUS  FAMILY...firstlt pemergian paklong haku ( mak haku nye abg yg pertama )..3.1.2014...iye pembukaan tahun kami dengan kesedihan...x sampai 20 ari pon pemergian paklong haku disusuli dengan akk ipar haku...ida...sabtu lepas 18.01.2014...ye pemergian yang sgt kami tangisi..kenapa kami perlu menangisi..kerana?

aku memang panggil arwah dengan name ida je sebab arwah dengan haku muda die 6 tahun dari haku.....manusia sememang nya x sempurna...dan sepanjang die menjadi ahli keluarga haku sememang nya die sangat tabah..kenapa haku cakap tabah..die mengharungi dugaan sebagai anak..isteri...ibu..menantu..ipar...mak sedara...kawan dan cikgu yg sgt penyabar...apepon yang dikatakan pasti akan ditelan dengan pandangan yang sayu...

iye sememang nya die telah merasa debaran 100 hari tu dengan membuat kami semua membenci die...atau sememang nya mereka yangmerasa 100 hari itu pasti akan berperangai seperti itu...

die asyik sakit...sakit...sakit...dan sakit...iye haku memang sangat tidak berpuas hati dengan die...dan sangat geram...tapi mungkin haku tak sedar die lagik manyak mendidik anak haku NUR DHIYA MARISSA dari haku sendiri...die guru kat sekolah dhiya...

segala apa yang kami suara kan....utarakan pasti disertakan dengan pandangan yang sayu..."ida maafkan haku...sememang nye haku manusia yang x terlepas melakukan kesilapan...segala kata2 haku pasti ade yang menyakitkan kau..."walaupon haku x sempat nak ckp ape2 kat ko...aku tau ko pasti maafkn haku...

ida meninggal setelah hampir 10 hari bertarung nyawa melawan penyakit kau...dlam doa disetiap sujudku sepanjang kau dihospital adalah supaya Allah berikan kau kekuatan demi NUR JIHAN AYUNIS..ya..jihan ank kau yang sebaya dhalea...ida....

ida...samada kau menyaksikan atau tidak...kami semua sangat sebak sewaktu jihan mencium tubuh kaku kau...??panggilannya..."bu...bu...bu"...YA ALLAH..meruntun sungguh jiwa ibu ni..meleleh air mata semua tanpa di bendung dan samada kau menyaksikan atau tidak..suami kau seperti tidak puas lagi bersama kau akibat kekhilafan dia di dunia..ida...sayu lagi jiwa haku sebagai ibu bila jihan sama2 nak pakaikan kau bedak!panggil nya lagi bu....!!!!!!!!!ida...

terima kasih kerana menjadi keluarga kami walaupon hanya 3 tahun...masih terngiang2 lagi kau mengaji...berqasidah...menyanyi..berjoget mengajr anak2 murid yang naif..pemergian kau sememang nya ditangisi mereka...

ida...kami semua sangat hairan kenapa tubuh kaku kau tidak mahu melelepkan mata serapat-rapat nya...iya...mungkin masih ada yang kau belom puas nk tinggalkan..firasat kami hanyalah kau cume tidak dapat melihat jihan membesar...tetapi selebeynya hanya ka dan allah sahaja tahu...

ida..dalam kepayahan kau masih meninggalkan sedikit harta untuk kegunaan jihan...alhamdulillah...

ida tahukah kau sepanjangketiadaan kau...bila kami bertanya jihan mana ibu...dia pasti akan menunjuk bilik kau...idaaa.......inshaallah...selagi mampu kami akan sama2 mendidik jihan...takkan kami membiarkan die seorang diri...kami akan didik seperti ank2 kami...kami akan sayang die seperti mana kau menyayangi ank2 kami...








alhamdulillah..walaupon haku x dapat bacakan yassin untuk kau buat kali terakhir...tapi haku puas sebab dapat sama2 uruskan jenazah kau..kecil sungguh tubuh kau dari asal nya..sedey sangat tgk keadaan kau...

ida...semoga allah merahmati kau..menempatkan kau dikalangan orang yang beriman dan dikalangan para syuhada...amin...

NORUS SUZULKAIDAH BINTI NORDIN
21.06.1990 - 18.01.2014
AL FATIHAH
AMIN

Friday, January 10, 2014

tidak sama sekali

aku ade pengalaman hidup yang sangat menjekelkan pada haku la kan....dan sangat buat aku sakit dari segi zahir dan secara mentallity nye sangat menggangu emosi haku...

aku memang susah sgt nk membenci orang tapi sekali haku benci sampai mati pon haku x boley maafkan...hati haku boley jd selembut2 jeli dan sekeras2 batu(betol kepepatah ni)..hahaha...

dalam hidop haku haku masih mampu ketawa berdekah dihadapan semua orang sedagkan hati haku...senang n simple...aku adalah jenis orang yg x suke mengganggu hidop orang tapi once da kene kuis...walaupon sebesar zarah..x akan hai haku mampu maafkan seseorang itu walau siape pon die dalam hidop haku...

dan seperti sekang seperti yang berlaku dalam hidop haku..xkan mampu haku nk maafkan kamo yang telah membuat haku begini cara nye...dri mula hingga ke akhirnya...aku bersumpah setitik air mata haku jatuh sebabkan kamo...aku xkan halalkan dan setiap kai itu kamo akan dapat balasan...

dan salah seorang kamo itu adalah seorang manusia yang berperangai seperti hanjing ..hanjing itu adalah binatang..jd kamo adalah binatang!!!!!!!!!!!!!pangai si polan ni kan sekang stalker watsup aku setiap hari..pastu tgk status aku...tgk pic profile haku...then update kt status watsup die...eh wadefak la pangai ko..ape yg ko dapat???

dear bolshit u can says anything about me..my weakness..how i treat my kiddos bad or gud!how i manage my kanda...n how i treat my family..but u??? bad or gud!how i manage my kanda...n how i treat my family..but u???nothing!!youuuu???u'r nothing still scrolling up ur smartphne like a bolshit ...stalk me!!!

pastu buat2 status kt FB padam...no confident level langsong la ko niekan..poor u..then ade satu status tu ditujukam khas utk haku....."bile time2 hujan mcm nie terhengat aku zaman2 naek moto dulu..ade sowang pompuan ckp kat haku kesian ko kan hujan2 naek moto!!sekang aku dah ade semua malah lebih drpda ape yg die ade.."itu kate die..hhahah gase tergelak terbahak2..bukan nak meninggi diri..aku x de ape yg ko ade??eh..ape je kot yg ko ade....pastu status umpama cakap kt diri sendiri...hahahah...kesian kan...ingt nk lemparkan aje cermin kt muka die yg ..subhanallah...

riak kan..riak bagai sgt stalker ni...kengkadang org yg dulunye x de pape tetibe allah kurniakan die dengan hanye sedikit harta utk nak  menguji...ntah la kan..masing..masing...dan masing

utk terima dan memaafkan ape yg telah dilakukan hanye mimpi sahaja...sekian...

Thursday, January 9, 2014

budak sekang

semalam lepas balik amek kiddos dr taska n tadika..ajak dhiya berborak..

dhiya  :  mummy tau tak td dhiya nasib abek x kne pukul...

mummy  : hah??? sebab ape nk kne pukul..spe yg nk pukul

dhiya  : mse tulah dhiya nk ke toilet la..pastu ade budak laki tu masok toilet pompuan..dhiya cakap la..eh ko masok toilet perempuan knpe..
           pastu bdk laki tu ckp ko siap ko...aku panggil geng aku!!!!!!

mummy : da tu dhiya buat ape

dhiya  : dhiya cakap kalo berani buat la..kite ckp cikgu..
             pastu budak tu cakap ko siap ko
             pastu dhiya malas nak layan dhiya teros masok je toilet tu
             pastu dhiya masok toilet x keluar sampai kawan2 dhiya ckp ok dhiya bdk tu dah x de
            
mummy  :  bdk umur berapa tu

dhiya  :  bdk tu satu kelas dgn dhiya pendek je budak tu mummy

mummy  :  ok then masok dalam kelas mcm mn..bdk tu ade kacau dhiya

dhiya  :  dhiya tunduk je x pandang die pon..

mummy  :  dhiya kan ade belajau silat..ape nak takot..kalo ape2 die nk buat kat dhiya dhiya larik je pi bilik guru atau dhiya jerit kuat2 atau teros pegi class abg deli..(anak buah aku yg sekolah same....)

dhiya  :  ok mummy


...ape first impression korang tentang budak lelaki tu???sangat biadap atau x de adap....?aku tak tahu la ctuac yg betol..budak cite kan...darjah 1 da pandai nk ugut2 apatah lgik kalo da dewasa..atau mmg pergaulan die kat umah memang cm gitu???aku geram nye x terkata kan..gase haku nk pi lempang je budak tu...xo haku mmg setiap pagi antau dhiya..tnye dhiya mn budak tu..dhiya cakap belom datang lg...geram kan..

xo sebagai langkah berjage2 aku ajar dhiya protect diri die sendiri..

1) kalo die nak pukul dhiya.....dhiya..larik laju ke bilik guru

2)kalo die nak pukul dhiya dhiya jerit kuat2

3)kalo die nak pukul dhiya lari teros ke kelas abg deli..(kelas ank buah aku memang berhampiran dengan class dhiya)

gangster betol la budak sekang...x sabar nk tunggu hari ni nak tnye lg ape perkembangan terbaru..kalo budak tu masih kacau atau ugut dhiya..aku sendiri akan turun ke sekolah samada jumpe guru atau budak  tu teros..aku x mo emosi dhiya terganggu..dah la duduk sekelas....

Wednesday, January 8, 2014

daddy little baby

ok...diz time haku story a little bit bout dhalea...geramkan..tengok diie...makin membesar dengan sehat...juz utk memories blog haku..mse bulan 9 smpi bln 11 2013...adlh mase sukar kami..antara memori 2013 yg sgt haku x kan lupekan...sebab kan kerakusan ko " hanjing" ...ank haku pon dapat tempias!!!!!!!!!!!dhalea x boley tdo...sepanjang hmpr 2 bln tulah jgk haku dgn kandaku bersengkang mata..bergilir jge dhalea...asal col 12-1 smpi ke pagi dhalea pasti nangis...mnjerit..smpailah jam tunjuk col 6..bru nk tdo..kami pulak?mmg terbaek kan...punch card haku mmg merah selalu la hampir 2 bulan ni..hari yg kami lalui mmg sgt letih..kami ke kerja dgn mata yg  bengkak..lebam di bawah...sgt penat..mcm2 kami tawakkal..finally jmpe org yg sesuai..dn alhamdulillah dhalea bck to normal....tenkiu..hnye allah yg dpt mmbls jasa kamu wahai umat muhammad...

ok...gse mcm sekejap je kan...now dhalea da 1yrs 9mnth...bufday dhalea 1yrs pon daddy nye x smbt..kandaku kate dhalea kecik lg..die x tau ape2!!ok fine..dhiya plk tiap2 tahun smbt!!!!!!!!ok...1 more fine 4 u kanda..

dhalea da pandai la sebut hujung2...tp yg paling clear

daddy..kakak...no...want..

selebihnye..

hand - wash hand

yak - berak

chu - shoes

ket - scared

NI - MUMMY ( daddy ngn kakak die sebut clear hokey..sentap jap)

dai - kedai

ter -water

ayan iye - sayang die

and xo on la......klo kite bg arahan die dah boley dgr...direct tanpa ade bahasa isyarat..dan plg best sekali perkembangan terbaru dhalea...amek pen or pencil..buat2 mcm cikgu la kengkonon tulis kat dinding..hahahha..then bile kite sebut 1..die akan smbg 2..3...4...5..makne nye??hahahh...die da pandai bilang smpi 5...in english pon die pandai count smpi 5 jgk..abc plk pandai..a..b...c..d..e..ahhaha

ok..attitude die plk memang baran...x sepenyabar dhiya....

dhalea suka kacau  dhiya...korek idung letak kt lengan pastu kejau dhiya..hahhah

dhalea suka tarik rambut dhiya

bile makan sesama..dhalea akan kacau pinggan dhiya..walhal...pinggan same cawan pon same...motif?kuat jeles kot..hahaha...

bile makan suke tuang kan air dalam pinggan dhiya smpi dhiya nangis jerit..mummy..daddy..dhalea disturbe me..mummy daddy dhalea take my rice...mummy daddy dhalea take my fish..mummy daddy..dhalea take....bla..bla..bla..selalu hokey...setiap hari...dhalea will tease her sista dhiya...

dhiya tdo die gigit..yang ni selalu la...kdg smpi lebam badan dhiya..sabau je kakak die..pastu jap gi tgh diam2 tgk tv dedua..alih2 dgr dhiya nangis..tnye nape..dhalea baling remote kt muka la...dhalea pijak kai la...dhalea trik bantal la..dhalea baling tu baling ni.....hahaha...

tapi yang paling best sekali die tdo mesti nak ade kakak die kat sebelah..kalo tak..terbkejut..mesti bangun tnye akk ea?(kakak where)

sonok sgt kan tgk anak2 membesar...walaupon payah.... penat..tp bile amek dieorg dr taska n tadika..hilang semua..tapi semua nye jd lemah lembut sekejap jer..pastu dalam kete kang haku dah jd tarzan balik..da jd giant balek...hahahah....




 my luvly kiddos


hutang


geram sangat kan...uisyhh...pepagi rabu ni kan...aku hangin betol la dgn sesetengah org di sekeliling haku...haku adalah manusia yang jenis x berkira sangat pasal duit...(klo haku ade duit lebey la...)..dan haku adalah jenis manusia yang tak sampai hati...xo pada haku bile org tu sebut nk pinjam duit je..maknenye..die mmg desperate x de duit...5 tahun yang lepas haku adalah tergolong dlm jenis manusia yang cukup2 makan untuk aku...kandaku dan dhiya..meminjam?mmg haku selalu meminjam...tp aku bayar...since kami da boley bernapas sendiri..boley berdiri dengan megah walaupon haku masih tiada rumah sendiri dan kereta besar...haku masih  mampo mmbeli ape sahaja yg haku sebut di hujung bibir..mungkin belom ade rezki kami nk beli rumah sendiri dan kereta besar..tapi itu adalah antara wishlist haku yg terbesar utk tahun ni...inshalllah..ok back 2 d story...

xo bile haku da penah idop susah..x de duit ape sume...bile haku da stabil..haku jd sgt kesian bile tgk org susah..x de duit...jd haku dgn kandaku kan baek hati sgt...kami x mo org smpi merayu2 nk pinjam duit kami...dtg 2-3 kali jmpe kami sebab nk pinjam duit...pada kami itu mcm da jatuhkan maruah org tu...kdg2 kami sendiri hantar...nk dijadikan cerita separuh drpd org2 tu mmg bayar la dngan lancar(oh..apakah ayat ku??)malah ade antara peminjam duit kami adalah org yg membantu kami dikala kami susah dahulu..budi baek di balas baek(kuar dah pepatah melayu)...hahhah...

tapiiii...ni haku nak story pada yang peminjam x tau pulangkan balik...banyak hokey hingga mencecah 4 angka...mmg terbaekkan...haku x mention la spe org tu tp mmg yg terdekat la..pandai pinjam pandai la pulangkan semula..duit yg ko pinjam tu bukan tetiba je ade dalam account tau...bukan sesape bg..kandaku crik dengan titik peluh die sendiri...kandaku kerja mcm nak mampos...x de coti...duit tu untuk kami...walaupon kandaku x kesah dan duit tu duit die..kami dah kawen...we all we hve k ...haku x redha dgn perbuatan ko!sbab die kije smpi x de mse dgn  kami..then duit yg die dpt tu ko pinjam tanpa bayar..ok fine...x kire la ape pon hubungan yg ko ade dgn kami...duit tetap duit!!!!!!bertahun da kami tunggu..

alamat nye..mimpilah ko nk pinjam lg...sesen pon ko x penah byr..iye sekang account umahtangga kami haku yang pegang!!!!!!!!!!!!..pandai2 ko la...bukan nk bongkak...tp ko perlu di berikan pengajaran...x kire la ape pon hubungan ko dgn kami ape pon pertalian ko dgn kami...duit tetap duit!!!!!!!!!selagi bernama duit!!!

geramkan..bile ingt duit je pasti ingt ko..x de menda laen kan...x senang la idop ko dgn berhutang pada kami...kalo sikit...mngkin la dihalalkan...ni lepas pinjam..pinjam..lepas pinjam..pinjam...tp x berbayar..after all diz..now i'm d coach...pls beware ok...x kan dapat lg!!!

pengajaran untuk kami lakik bini...berhati2 dengan org yg merayu bersungguh konon x de duit...

Tuesday, January 7, 2014

duit sekolah

hokey kli ni nk story pasal duit sekolah dhiya..sebelom bagi dhiya duit sekolah satu dunia haku survey kan...nk tnye kengkawan yang laen bpe RM dieorg bgi anak2 pi sekolah termasok hakak haku yg sekolahkan ank die kt ctu..

nk jdkan cite haku memang nak tetapkan belanje dhiya rm3 satu 1 pastu berazam nk masakkan dhya bekal ari2..mampu kah???hahahaha...

ok then 1st day lepas antau dhiya tengok die assembly sume haku balik kemas ape yg patut then larik pi sekolah dhiya balek sebab nak tgk die rehat cmne...(lari pi sekolah dhiya??)...haku lepaskan lah dhiya pi beli makan kt kantin...dhiya makan nasik lemak ngn air milo ais...then ddk borak2 dgn kandaku..teringt nk tnye dhiya duit balance...

mummy  :  Dhiya mn duit balnce...baki duit yg dhiya beli makan tadi..

Dhiya  :  Da abes..

mummy  :  knpe abes?

(smbil muka tgk signboard makanan)...
gile ke ape makcik nie x bg anak haku blnce duit...bape hengget sume nie...
common...xkan hnye makan nasik lemak sepinggan minom milo gelas kecik rm3..
huh haku dah hangin da time ni...

Dhiya  :  Mummy dhiya bg shira hery (kawan tadika)...di nk beli hotdog tp x de duit...

ok fine dhiya...awk memang baek hati mcm daddy...

pastu mse balek kandaku amek dhiya..kandaku col dri sekolah

kanda  :  ayg...melampau betol lah mkcik kantin nie,,,air milo suku plastic cair nk mampos rm1...

haku  :    Menda yg mahal sgt nie..dhiya beli ke abg suh die beli sendiri

kanda  :  Abg suh die beli sendiri..pastu abg tgk dhiya tunggu duit baki..org tu buat tak tau..

haku  :  melampau

kanda  :  satu hari nnti abg nk pi..pastu nk suh dhiya beli klo x de blnce mmg kne maki org kantin tu...makan duit budak...klo budak tak  tau ajau la...

haku  ;  ok...

uisyhhh...sib baek semalam dhiya bijak..die tunggu mak cik tu mintak duit blnce bru bg hokey...ko ni makcik klo nk makan duit pon jgn la duit budak ko makan...patut ko honest dgn bdk2 tau..bkn ko makan duit budak..ajau budak klo die tak tau...klo ank ko ddk kat tempat bdk2 ni...as a parents ape ko nk buat..x ke ko pon sme nk makikan jgk makcik kantin kan..






******************************************************************************************************************************




ok finish diz part smbg part laen plk...lepas survey duit sekolah sume...haku mmg decide nk bg dhiya rm3 sehari...siap bwk bekal lg hokey...mummy nye bangun pepagi...mmg rajin sgtkan..hahha...pastu da bwk bekal pon msih x de blnce duit..hari lps amek dhiya kt tadika...pekataan pertama..bape blnce duit...jaapan sgt ringkas dan padat..x de baki mummy...beli ape...beli roti hotdog..beli pembbaris..beli...bla..bla...bla...uiyshhh....mmg ank haku bijak berbelaanje mcm mak nye jgk an...siap suh up lg die nye belanje suh tmbh lg rm1...oooiii anak..ko ingt mak apak ko cop duit....nan ado!!!!!!cukup la tu rm3 bwk sehari.....

**dhiya da pandai berbelanje.....

untung jd perempuan kan...

Kelebihan Perempuan Berbanding Lelaki

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah S.A.W., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi S.A.W) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah R.A. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

new year...

assalamualaikum n hola...hapy new year...x lambat lgik kot nk wish hapy new year...hahah...haku mmg x di didik sambut new year...dr kecik smpi ke tua haku mmg countdown kat tv la....klo nak kuar nan adooo!!!!!!!yelah kan org dedulu kan...mana sgt la nak bagi ank bersosial...haku gse bebas pon mse ddk kat asrama tu pon umor da cecah 19 ke 20....hahhahaha...x pe la....da besau pon pepandai la merasa countdown sendiri dengan kengkawan...

xo new year ari tu haku masih lg menyambut dengan countdown kt rumah...sebab dri umah haku pon da nmpk bunga api bagai..hahha...x pi tgk pon x pe..(ayat yg sgt menyedapkn hati..hahahha...)

xo last year wish list haku manyak yg x bergerak...harap2 tahun ni...allah permudahkan semua yg menjadi impian...amin...ape yg tercapai haku anggap ade hikmah disebalik kejadian...hhahahah...sedapkan hati lgik...


Monday, January 6, 2014

MAK

seboley dan semampu haku akan berikan yang terbaek untuk mak haku sebab aku x cukop senang untuk nak bahagiakan arwah baba haku semase hayat nye...cukoplah aku merasa menyesal yang tak terhingga...sebolehnye akan haku jge perasaan mak haku supaya x terguris..walaupon kadang-kadang.....haku hanyela manusia biasa yang selalu buat kesilapan...dan berikan ape yang mak haku nak mengikot kemampuan haku...amin...
YA ALLAH SESUNGGUHNYA KO MAHA PENDENGAR LAGI MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG...KO AMPUNKANLAH DOSA KEDUA IBUBAPAKU...KASIHI MEREKA SEPERTI MANA MEREKA MENGASIHIKU DARI KECIL SEHINGGA DEWASA...HARAMKAN API NERAKA DRI MENYAMBAR MEREKA DAN KO BUKAKANLAH PINTU SYURGA SELUAS@ NYA UNTUK KEDUA IBUBAPAKU YA ALLAH...

haku tak tau la ape yang mampu haku ckp sekang...ok fine haku kat tempat kerja sekang...jgn over emo hokey...fine...


3 generasi...mak..anak...cucu

 untuk mak ana sayang sangat kat mak...dan ana akan cobe buat yang terbaek dan termampu selagi terdaya dan ana hanyelah manusia biase yang selalu melakukan kesilapan namun ana akan cube sedaya yang mampoooo.....

pak itam

ok..mood malas nk buat kije yang tak abes2 ni dah mari xo layankan haku yang tgh blurrr....

nk story siket pasal pak itam anak2 haku dgn anak2 buah haku...ha yang ni memang ghajin melayankan anak2..dgn anak2 buah haku..kalo datang je umah mak haku pak itam ade gamak ni la gaye die..sib baek dhalea gayat siket naek moto..xo memang x ikot la dhalea...duduk tepi diam2 pastu babai je k...