Welcome Message

Enjoy reading my entries...('',)

I fOllOw

Thursday, July 18, 2013

nukilan....

PUISI NUKILAN DAYANA BUAT ASHRAF MUSLIM !

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..
 
 Salahkah menerima kekurangan masing-masing seadanya? Betul-betul ke isterinya tak boleh berikan zuriat? Masih ada pasangan lain yang berkahwin sehingga 15 tahun baru dikurniakan cahaya mata. Kalau isteri baru tu pun tak mengandung macam mana? Ya kita merancang Allah yang menentukan. Tapi kita diberikan oleh Allah akal fikiran untuk berfikir dengan wajar. Bukan berfikir dengan nafsu! Lelaki dibenarkan berkahwin sehingga 4. Tapi dengan cara yang betul, bukan cara yang menambah dosa. Ya Allah mudah-mudahan dijauhkan perkara ini dari kalangan keluarga kami. Tak kisah lah nak kata butt hurt ke ape, perempuan yang hati dia keras atau tak punya perasaan je yang rasa benda macam ni remeh. Ingat! berkahwin ramai tu bunyinya senang. Berlaku adil sehingga semua isteri redha belum tentu senang. ***

No comments:

Post a Comment