Welcome Message

Enjoy reading my entries...('',)

I fOllOw

Sunday, December 26, 2010

mengiDaM nak makaN LALA!!!

 entry cam besh je kan..mengidam nak makan lala...macam la aku ni mengandung...huhuhu...aku mengidam nak makan lala seminggu sebelom aku pat makan lala...so isnin lepas asben aku bawal la round carik lala..x sempat nak balek  tukar baju..so nagn baju keje kami pi carik lala..senin lepas aku pose..so takut nanti dah azan..amek dhiya dr sekolah terus pi...cari punyer carik..jumpe gakk..bak kate en asben aku...berkat org pose...walaupon mase tu org dah azan...aku tetap sabau...sebab lala nyer pasai...hahahahaah...

*

*

*

*

*

*

*


 ha nie dua gupe orang lapau..dhiya n en asben..aku yang mengidam..dieorg yang makan dulu...

 sajer besaukn PICTURE LALA nie sebab aku nak cakap yang aku dah dapat makan lala..erkkk...alhamdulillah...lala dalam PICTURE ni aku SOWANG je yang abehkan..hua..manyak makan erkk...

 makanan sampingan..sotong goreng tepung...

 kangkung goreng belacan..

 ha tue..ikan pari bakar permintaan en asben aku..n udang bakar berempah...sedap oooo udang bakar berempah...

 ha..nampak tak??licin siot aku makan..tp nasik lemak tue kecik je..tu pasai aku makan dua..(alasan)ok la lagi dari asben aku yang makan 4 bungkus..pecah sudah rahsia yerk daddy..hihihihi...

 nmpak..tu sume en asben aku yang makan....pecaye?x pecaye sudah..udang berempah tue x abes makan sebab kiteorg dah kenyang giler...

 dua orang ..anak beranak yang sudah kekenyangan...en asben sampai dah x larat nak bukak mata..kate nyer..ayg abg dah x larat dah nie..huhuhuhu...

 sempat posing atas permintaan aku....i lep both u dear...

PICTURE LALA terakhir dari aku..tq tok en asben yang bawak aku carik lala...kenyang sudah...alhamdulillah...

*

*

*

*

*

*

*

ok la makan kat ikan bakar tue..murah pon murah...kami berdua makan x sampi 60 hengget....nantikan kedatangan kami semula...yeaaayyyyy

Friday, December 17, 2010

geng SPA Q kotra..2007-2008

perghh..ari nie aku ade permintaan dari kak ira supaya masukkan entry pasal die so aku copy paste gambar dr Fb die untuk dijadikan cerita hangetttt!!!hahahahaha...antara tempat keje aku paling lame sekali yang aku bertapa..sayang nak  tinggalkan kengkawan..tapi disebabkan aku pat keje gomen..aku pon berhenti ler..x de masa aku nak buang tenaga keje ngan tauke kedekot..taek idung masin..
masa aku kat kotra dulu keje aku kerani pencacai kat department marketing..hurmm..uruskan sales marketing nyer org..kerenah memang berbagai..maklumla..kan..pastue kira masa aku keje kat kotra nie aku boleh di ketegorikan dalam golongan yang  hampir obesiti la...kire ok la berat aku dulu dari sekarang nie..bak kate asben aku keje gomen ape lah sangat..duduk jew..memang la demok!!!banyak la..dulu boleh la kate duduk..sekarang....hurmm...boleh tahan la....
kat kotra pharma dulu aku ade geng SPA Q cakap je name kiteorg...satu kotra kenal..hua..hua..hua...walaupon aku belom setahun jagung keje kat ctu...perghh...glamour mak u...uikkksss...
psssstttttt...nak tahu dulu masa aku keje situ ade admire aku..budak technician..gambut perang..ingt aku belon kawen..hahah...sekali dah kawen da...kecewa member..die pon budak baru gaks...last2 sebulan keje..terus berhenti budak tue..siap tunggu aku kat punch card gik..sumpah abg i tak curang k!!I LURVE U tau...kihkihkih...mase kat stu memang gamai yang ingt aku belom kawen..tak tau pasal ape...childlook kot..erkkk....
kat sane aku ade 3 org mmbr SPA Q..nak tau nape SPA Q sebab mase tue tgh top citer SPA Q..so ape gik gediks la...hahahahahah...kak ira..taiko kami..anak2 buah aku..kak ita..ngan kak fisha..ermmm...sume dah berhenti cume yang stay kat situ dak ita sorang jew.......kak ira nie kire geng diet aku la..tapi die dah kurus aku jew yang bertambah!!!!!!!!!!!!!!argghhhhhhhhhhhhhh...tension la aku bile cakap pasal berat nie...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

kat sana aku pembantu kak ira walaupon aku bukan receptionist tapi bile kak ira x datang jer..linnet mesti pi kat aku cakap"ana nanti u turun bawah jaga talipon..itu ira tak datang"huh!!!lemah aku...sampi aku marah2 kakak HR hihi...sebab aku banyak kije laen..tipon plak nak die suh jage...asyik schedule receptionist kalo kak ira x de nama aku je banyak...geram....tp tak simpan hati pon..dah lepas pon...
so layan jew gambau nie..

 kak ita..saya yang tengah2 tue..n kak ira..nie la tempat receptionist merangkap tempat lepak...

 ha nie aku ngan kak ira...masa nie die nak berak..sempat gik..erkkk...ye ker???anting2 tue tengok...ngancam u...dulu pantang nampak anting-anting..hahahha...jangan marah erk kak janji i dah tempel gambau u kat cnie....

ha mase nie aksi lakonan aku yang berkesan..ngan uniform kotra...ade gik tergantung dalam almari aku..terbaek...hihihihihiihi...mmg cm nie pon kalo aku duduk depan...

Thursday, December 16, 2010

talentime at MCD Melaka Sentral

TALENTIME dianjurkan oleh MCD Melaka Sentral...walaupon dah lapok citer nie aku masih bersemangat gak nak tulis sebab aku bangga ngan ank aku yang berani....seminggu sebelom pertandingan bermula..kak long aku(principal taska tempat dhiya sekolah)dah inform aku kate die nak antau dhiya wakil taska ke pertandingan tue..aku cam nk ke tidak...atlast cobe2 la nak antau...perghhh...masa tue pagi2 dah bangun..dalam ati aku tuhan jew yang tau betapa nyer...

*

*

*

*

*

*

last2 tbe jew kat Melaka Sentral kebanyakkan mata orang kat situ banyak memandang dhiya..cm mn aku perasan??tentu la anak aku..aku tau la..hhihihi...pagi tu aku pakaikan die jubah itam...tudung itam..sesuai ngan cerita yang akan di perdengarkan nanti....
Then tbe2 jew..daftar nama..then principal dhiya inform aku yang dhiya peserta paling kecik sekali..huh???sume yang ade dah berdebar....dhiya peserta yang ke-10...tapi tbe2 tgh dok leka layan berdebau nie..emcee umumkan" peserta seterusnya adalah peserta paling kecik..die dah ckp kat cekgu die die dah tak tahan nak shee2 so die nak wat performance dulu..dipersembahkan adek nur dhiya marissa berusia 3 tahun dari taska anakku sayang yang akan menyampaikan syair.."perghhhh...mummy..daddy..maklong...makngah..sume..jantung dah bagai nak gugur nie..die leh wat selambe jew naek  pentas...bangga nye aku n say dats my daughter...

*

*

*

Tbe masa umukan pemenang..dari tempat ketiga dimenangi oleh Nur Dhiya Marissa..arghhhhh....anak aku da...tak expect pon sebab die paling kecik sekali....rezki..dapatlah set happy meal..piala dan sijil...hihi..kecik2 dah ade sijil..so..layan la gmbr yang sempat aku upload nie..

*

*

*

*

 *

*

*



ha...there..dhiya..tudung die dah bukak..panas..tinggal scraf jew..

dhiya wit her principal TASKA ANAKKU SAYANG Cekgu Mas(merangkap kakak aku)

4 WoMEn OnlY

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.
Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?
Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .

Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;
Januari 1992
.
Hadis nabi mengenai wanita.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".Nilai Seorang wanita solehahDibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

waktu musTajab untuk berDOA


Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

1.Semasa Lailatul-Qadar
2.Ketika hujan turun.
3.Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4.Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5.Di tengah malam
6.Di antara azan dan iqamah.
7.Ketika sujud dalam solat.
8.Ketika iktidal akhir dalam solat.
9.Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10.Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11.Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12.Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib

Tuesday, December 14, 2010

bAntaL BusyOKKKKKKK


ha nie bantal busyok dhiya..bantal nie seusia dhiya...di design oleh mak sayer Pn Mahayom...kecik jew bantal nie..ukuran dalam panjang 20cm lebar 14 cm dalam lebih kurang cam tue la...bantal busyokkkk nie kalo x de alamat nyer x lelap la mata anak aku hoi...sarung die yang warna merah tue pon die x mo tukar...mesti nak sarung merah tak mo sarung laen..penah dulu ade la cerita hamba allah nie(bdk kecik)sorokkan bantal anak aku..cian berhari tak dapat tdo nyenyak...at last jumpe gak...dah tu tak mo mengaku sorokkan bantal anak aku!!hempok kang!!bantal nie ade 2 bijik sebenar nyer..tp satu gik tue cicir kat TESCO..hai nak patah balek carik memang la tak jumpe..cleanar nepal tue dah buang agak nyer...sib baek yang satu gik tue die wat memain jew...bantal dhiya nie sume pon suke bau..walaupon kekadang bau.....hancing...busyokkk..macham....sedapppp tau.....sekrang nie hobi die bile nak tdo bile tengok tv..hobi die ngan bantal nie adalah.......korek kat idong..ikut adek2 ipau aku...pak cik ngan pak chu die....siap adek ipau aku tarikan benang bantal yang ujung tue supaya dapat dhiya wat geli2 kat idong die...hahahahhaah...boleh erk cam tue..hihihihi...

Monday, December 13, 2010

dhiya dan baba

dhiya dan baba..cam sedih jew kan entry yang aku nak tulis nie..dhiya memang rapat ngan arwah baba aku..sebab antara cucu baba aku..dhiya lah yang baba aku jage masa aku dalam pantang..malam2 sementara tunggu asben aku pulang..baba ngan  mak aku la yang akan jage dhiya..so memang sume orang pon kate dhiya memang cucu manje ngan baba aku..ari2 akan tipon baba aku cakap macam orang bercinta..kalo aku lambat col baba akan col terus..pantang kena marah mesti nak cakap baba...
sampai arwah baba aku sedih sebab masa tue dhiya suh die pegi hospital..sebab dhiya kate kan baba sakit kena la masuk hospital...hurmm...bijak sungguh budak nie..masa baba kat CCU dhiya demam sebab lame x pat jumpa baba...cume dhiya tau baba sakit ade kat dalam bilik tapi dhiya tak boley nak masuk...masa mayat baba dah nak tutup..dhiya nak cium tapi bile die tengok bercelak die x jadi..pastue dhiya tanye aku mummy nape baba pakai celak..aku terangkan yang baba dah meninggal dunia dan die takkan jumpe kita lagik...alhamdulillah anak sekecil dhiya paham...beberapa bulan lepas baba meninggal dhiya asyik demam berpanjangan jew...malam2 mimpi panggil baba...sampailah satu pagi tue dhiya bangun then terus cakap"mummy malam tadi baba datang peluk dhiya..baba pesan suh belajau pandai2 pastue pi sekolah jangan nangis...."huh???pastue dulu kalo lalu kubur pasti bagi salam"ASSALAMUALAIKUM YA AHLI KUBUR" tapi sekarang bile lalu jer kubur dekat klebang pasti cakap "ASSALAMUALAIKUM BABA"...OMG dah mengerti rupanye dhiya...susah gak masa tue sebab dhiya selalu demam then malam2 akan panggil baba..lame kelamaan hilang sendiri...cume sesekali bile die teringat tue tetiba die akan jadi sedih....bila pi kubur baba die la orang yang paling suka sekali sebab kate nyer nak sedekahkan AL-FATIHAH untuk baba..dhiya..dhiya...kadang2 ingatan dhiya kat baba buat mummy sedih...

nUR DhiYa MarISsA

14 FEBRUARY 2007
JAM 11.13 PAGI
MAHKOTA MEDICAL CENTRE MELAKA
VACUUM
3.75 KG
NUR DHIYA MARISSA BINTI MOHD FADZLAN

kuat merajuk...sensitive...manje ngan daddy..kadang-kadang jew ngan mummy...pandai menari n tak boleh dengar muzik pasti akan bergoyang....suka perhatikan orang sebelom menjadi lebih rapat..suka jelous..
insyallah seorang anak yang kuat ingatan..akan menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup
(aku selalu teringat kata arwah baba aku yang anak aku adalah seorang yang sangat kuat ingatan nyer dan bijak)
amin....









mummy...sgt garang ngan dhiya..sebab daddy dah lembut xo mummy cannot give u change dear..hihihii..kena ade kontra...walaupon kadang2 terlebih garang..hihii...juz 4 u dhiya..mummy ngan daddy akan cube yang terbaek dalam membesarkan dhiya..amin...

kejap jew dah nak masuk 2011 bermakna dhiya dah 4 tahun...membesarkan dhiya adalah sangat mudah walaupon ade mase nyer aku jadik singa lapau..hahahah..pejam celik dah ke zaman kanak-kanak rupa nyer dhiya...aku ngan asben dah ade pelbagai rancangan untuk dhiya dan kami harapkan kami akan mampu memberikan yang terbaek untuk nyer...

dhiya aku masukkan ke sekolah pada awal tahun nie...2010 januari sebab pada aku dhiya harus ke sekolah seawal 3 tahun kerana masa tue adalah yang paling bagus untuk dhiya bergaul ngan orang ramai..tanpa ade perasaan takut..pada mula nyer aku macam ibu2 yang laen jugak takut...tapi aku kikiskan perasaan tue..aku terpaksa amek cuti 5 hari untuk nak sesuaikan dhiya ngan taska die...masa tue aku terpaksa ulang alik dari umah mertua aku sampai ke umah mak aku..coz dhiya sekolah kat taska maklong die..then finally..dhiya totally change dari seorang yang takut orang kepada berani..kenapa aku cakap berani..coz sebelom dhiya pi sekolah die memang takut tengok orang..then bile die dah sekolah..die jadi berani semacam..bayangkan masa tu dhiya wakil taska untuk pertandingan talentime MCD kt Melaka Central..die paling peserta paling kecik antara 12 peserta then finally die pat no3..huh!!thank god..mase tue kami semua yang kt bawah nie dah berpeluh2 mentara nk tggu giliran die..last2 die rilek jew...then bile die naek stage spontan aku ckp OMG dats my daughter....thanks to teacher2 yang approach die sampi cm tue sekali..n also thanks to my sista kak long @ cekgu mas...semoga jasa kalian mendidik anakku..mendapat rahmat dari nyer..

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

yesterday is sunday..hihihi..cam cekgu plak aku nie...semalam hari ahad...hari ahad adalah hari untuk kami bersantai atau lebih afdal lagi dalam perkataan asben aku hari aku buang duit die..boleh cm tue???kalo bukan duit asben sendiri..hahahahah...memang taek idong masin betol la asben aku nie(kalo ade bace entry nie ampun ye sayang...)...ape aku merepek da...

ok nk dijadikan citer sebenau nyer nak pi beli sandal dhiya sebab daddy die dah janji nk beli sandal baru..then disebabkan kemalasan yang melampau nk pi melintas kat Dataran Pahlawan tue(bukan apa nak melintas tue susah sangat..jalan dah besau)so pi la kt Mahkota Parade jew..carik2 x jumpe yang dhiya berkenan...laen plak kedai yang dimasuk nyer...cube teka kedai ape...KEDAI MAINAN TOYS CITY..abeh la lagi..setiap kali lalu pon memang kena cukai...

then tetibe asben kate jom tgk wayang nk?aku pon ape gik jom lah..ingt nak tengok NARNIA...x jadi..sebab rase cam besh jew citer HANTU KAK LIMAH tue..jd kesimpulan nyer malam tadi aku pi tengok wayang citer HANTU KAK LIMAH...citer tue memang lawak la..paling besh sekali awie..memang lawak giler la..ngan pelakon2 tambahan tue sume memang syok la......
TAPI YANG  TAK SYOK NYER....
*

*

*

*


*
budak belakang aku nie... YA AMPUN..boleh plak die letak kaki kat celah2 kusi antara aku ngan asben ngan dhiya duduk...kat ctu ade 6 seat so kami ber3 then yang lagik 3 tue kosong..
so antara nyer la tue..

bau die!!!OMG..aku dah le sensitip bau-bauan nie...asben aku nak ajer sound...maklum la orang lelaki..aku tak bagi..pada aku wat u give u get back...lagipon bebudak tue cm bebudak bau nak kenal dunia nie...memang x kusyuk la aku layan citer tue...
ape pon awie memang besh giler..lakonan die memnag berkesan....

 kalo nak kire movie Zombie Kampung Pisang ngan citer Hantu Kak Limah nie..yang nie la gik besh..

ha nie antara babak yang memang kelakau abes la..lakonan awie memang first class la dalam citer nie...pecaye?tak??kalo x pecaya tengok sendiri..hihihii

Friday, December 10, 2010

SeMpuRna

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk au bisikkan dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk au bisikkan dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

seDang...

aku sedang berusaha untuk mendietkan diri...sebolehnyer..aku harus turunkan berat badan sebelom mengandung untuk kali ke-3(kali kedua x menjadi...gugur)aku sedang belajar tahan diri dari lapar...doakan aku supaya berjaya mendietkan diri amin..sob...sob..sob...so azam aku untuk 2011 ADALAH MERINGANKN BERAT BADAN yang terlebih sudah nieyy...boleh ke tidak...hurmmm....tunggu jelah...
gambar-gambar arwah baba aku...al-fatihah untuk arwah..semoga babaku ditempatka dikalangan orang-orang yang beriman..amin

AL-FATIHAH
UNTUK..
HJ ABDULLAH BIN HJ HAMID
IN MEMORIES...
18 FEBRUARY 1950
UNTIL
1 MAY 2010



 Gambar-gambar nie diamek beberapa bulan sebelom perginye baba meninggalkan kami...percaya tak walaupon dah 7 bulan die pergi tp bau die masih melekat lagik kt semua baju-baju die...

Raya terakhir kami bersama-nyer..raya 2009...

Thursday, December 9, 2010

majalah mingguan wanita

Mingguan Wanita adalah majalah kegemaran aku..aku memang jarang ketinggalan membeli majalah nie..siap wat koleksi lagik sampai ngan asben aku pon dah terpengaruh ngan aku bace majalah nie..majalah mingguan wanita nie memang banyak informasi pasal perkahwinan dan banyak yang kite boleh pelajari...pendek kate memang padat la informasi dalam nie walaupon die nyer page nmpak nipis.....sume pasal ilmu rumahtangga memang terkandung dalam nie..pastue segala iklan kecantikan diri dalam dan luar suami dan isteri..anak dara dan bukan erkk...hihihi..sume iklan ade...page y ang paling aku suke bace adalah Wanita Cemerlang..Wanita dan Bisnez..Fesyen..Info Sehat..eh..pendek kate sume la...cube korang beli pastue bace isi nyer..

aku bermohon kepadamu...

Aku bermohon kepadaMU..Ya Allah…Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
Agar kemesraan itu abadi…
Dan Ya Allah, Ya Tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari bahtera hidup ini…

Agar kami tidak terleka dan saling ingat mengingati
Semoga kasih yang kami cipta ini kekal abadi
Ya Allah ya tuhanku…

Kau lindungilah kami dari dosa dan noda dunia..
Agar kasih yang kami bina tidak tercemar..
Bahagiakan lah bahtera yang telah kami bina ini..
Dengan memberikan kami rezki dn limpah kurnia dari mu...
Amin...
Ya Rabbal Alamin..

untuk yang simpan kuku panjang dan yang pakai cincin


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppsskhinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kukuyang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untukkesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punhanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuaiberkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidakmembayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagimenggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yangbodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahankotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makananseperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masukke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan danmahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita ataulelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalamnajis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilangwalaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalahberkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Initak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudahbernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , NabiMuhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakaicincin pakailah di jari

1] jari manis2] jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari1] jari tengah2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yangdilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:


لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)


Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Sunday, December 5, 2010

rewind memories..

saya sayang kamoo...ceh wah...nie entry pasal aku ngan asben..kawen gak aku ngan die..walaupon bersusah payah..gigih kami mengharungi kisah cinta yang penuh duka...hanye rakan yang betol2 rapat ngan kami jew tahu kepayahan kami dalam mengakhirkan percintaan kami dengan perkahwinan...terima kasih untuk kalian yang mendoakan dan akhirnya...semoga perkahwinan kami kekal abadi..amin..

7 APRIL 2006 NIKAH
8 APRIL 2006 BERSANDING (my home)
9 APRIL 2006 SAMBUT MENANTU (asben home)
" SomEThiNg In uR EyeS GurL MyB MiraCle WiLL MakE mE cRaZy"
gambar selepas kami dinikahkah..halal dah..hua..hua..hua..baju nikah nie tempah sendiri..ade lagik dalam almari baju aku..terpaksa buat hiasan sebab aku dah gemoksss...



nie baju bersanding umah aku..kuning diraja

 

wah abg...senyum kemaen gik erk...senyum ade makne erk??...

 




abaikan peluh yang ade kat leher aku tu..penat nyer jadik model nie..ngan cuaca yang panas..

 




*

*

*

*

*

Gambar yang kat bawah nie masa baju yang aku pakai bertandang umah asben...masa nie buzday die..so potong kek untuk buzday die sekali...sponsor from my sista kak dik from Legacy Hotel..





Kolej Teknologi Islam Melaka 2002-2005 in Memories..

nie sume memories ngan member2 kolej aku dulu..korang memang terbaek...aku windu bangat masa nie...belajar selama 3 tahun banyak sangat kenangan manis bersama korang sume...specially student batch aku..budak taek cicak sume..hahah...kami dipanggil taek cicak sebab kami bebudak hospitality kena pakai baju itam putih..x pelah janji kami punyer displin baek??hahahah...baek sangat la kan..banyak sangat memories yang aku lalui masa kt kolej dulu macam2...untuk kembau aku emma n roomate aku ayu korang ingat x makan biskut cicah air sirap...kusut siot..sugar dady x mo belanje..ahahhahahahahah...pastue ko ayu asal nak tido jew kine kacau...asal nak tido jew kine kacau...pastue umah paling bising sekali umah cape??hahahahahahah....sambal goreng kering aku memang terkenal la kt umah kite dulu..baju sume kongsi...hahahahhaha..mandi sesama..ingat lago masa kat asrama dulu bukak nasik jew bau babi...terus tutup balek..makan maggi tomyam ngan cili uhhh..berdesup telinga..dulu aku memang kaki tido...aku nyer pagi pukul 12tgh..aku nyer tengahari pukul 4 lebih..aku nyer malam pukul 1 pagi..banyak gile kenangan aku...maen kejau2..hahahahahah..siot tol la...x leh trima...untuk bebudak Dip In Tourism Mngt...memang besh giler class ngan korang..aku gindu...sangat..budak TOURISM paling nakal masa tue aku ngan emma..ingat lagi..asal dalam tazkirah pagi jumaat jew..ade jew isu sesumpah..hahha..ade kena mengena ngan aku ngan member baek aku la tue...besh...so layan la..gambau akan di kemaskini dari masa ke semasa mengikut mood aku...('',)



gambar nie ade maksud disebalek nyer...korang tak baek tau mentang-mentang telinga aku capang korang panggil aku mickey mouse..pastue mase pi Cameron korang boley suh aku amek gambau ngan cartoon nie..sob...sob...sob...

ha yang nie gambau sebelum bermulanya malam perpisahan kami bebudak hospitality batch DTM2 ngan DHM11..posing dulu..harus..maklum la mase tu aku kan yang paling bizi untuk majlis nie..semangat tue...aku dolu-dolu memang suke bangat amek gambau..sampai sekarang..walaupon dah kurang sebab aku dah jadi...hua..hua..hua...tu...tengok figure aku dulu..sekarang...ni sume asben aku nyer salah la nie..hahaha...boleh cam tue erk?? 

tengok aku tue..kan aku dah kate aku memang suke amek gambau???yang pakai baju sejokkk itam tu aku lah...


ni pon bukti nyer....


ha yang nie paling cun sekali yang tudung biru tue aku la....ngan bebudak tourism...
 
nie sume batch aku Dip In Tourism Mngnt ngan Bebudak Dip In Hotel Mngnt..kami sume adelah budak hospitality yang bebaek...


nie roomate aku..dari kiri emma..aku yang kurus tue..ayu..ngan marcona @ nadia..hahah.. jangan marah erk..nadia...sume pn rahsia aku diorang tau..mana aku pegi ape aku buat...syhhhh...simpan k!!biarlah rahsia..hahahahah

 

yang nie mase tengah bizi ngan pameran...sempat lagi nak bergambau..kan aku kate aku memang suke bergambar...('',)